fiqhislam
basmalah
Pustaka Muslim


3 Ramadhan 1442  |  Kamis 15 April 2021

Peristiwa-peristiwa Bersejarah di Bulan Muharam

Peristiwa-peristiwa Bersejarah di Bulan Muharam

Fiqhislam.com - Peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan Muharam, utamanya setiap tanggal 10. Pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

Setelah beratus-ratus tahun meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejamanNamrud.

Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana Nabi Daud merampas isteri orang walaupun bagainda sendiri sudah ada 99 orang isteri, masih lagi ingin isteri orang. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s

Allah juga telah menenggelamkan Firaun, Haman dan Qarun serta kesemua harta-harta Qarun dalam bumi kerana kezaliman mereka. 10 Muharam, merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda. Dengan itu, mereka berpuasa dan beribadah kepada Allah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Nabi saw telah bersabda dengan maksudnya: “Saya dahulu telah menyuruh kamu berpuasa sebagai perintah wajib puasa Asyura, tetapi kini terserahlah kepada sesiapa yang suka berpuasa, maka dibolehkan berpuasa dan sesiapa yang tidak sukar boleh meninggalkannya.” [yy/islampos]


Bulan Muharram di Zaman Rasulullah Saw

Bulan Muharram Di Zaman Rasulullah SawTahun baru Hijriyyah mulai berlaku sejak jaman pemerintahan Khalifah Umar bin Khattab. Umat Islam secara resminya menggunakan kelendar Hijriyyah Qamariyyah. Istilah ‘HIJRIYYAH’ sendiri dirujuk kepada peristiwa ‘hijrah’ Nabi Muhammad SAW dan para sahabat dari kota Mekkah ke kota Yathrib atawa Madinah. Umar menjadikan tahun hijrah Nabi ini sebagai tahun pertama (1 H).

TAHUN Hijriyyah Qamariyyah terdiri dari 12 bulan, dimulai dengan Muharram dan diakhiri dengan Zulhijjah. 

Nabi Muhammad saw menyebutnya sebagai Syahrullah (bulan Allah). Salah satu sebabnya ialah di bulan ini adalah satu di antara 4 bulan yang diharamkan berperang. Selain Muharram, bulan-bulan yang diharamkan berperang ialah Rajab, Zulqaedah dan Zulhijjah.

DI ZAMAN  jahiliyyah, orang-orang Arab membuat peraturan gencatan senjata pada bulan-bulan ini. Setelah Nabi Muhammad saw dilantik sebagai rasul, budaya ini diakui dan diteruskan oleh Islam karena Islam mementingkan keamanan. Namun begitu peperangan di dalam bulan ini dibenarkan kalau musuh tiba-tiba saja menyerang.

ALLAH SWT  menyelamatkan Nabi Musa AS dan kaumnya dari Firaun pada bulan Muharram. Allah menerima taubat Nabi Adam AS juga pada bulan Muharram. Di dalam bulan ini juga Allah menerima taubat kaum Nabi Yunus AS yang sebelum itu durhaka.

Di bulan ini juga terjadi Perang Khaibar, yaitu perang antara umat Islam dengan orang-orang Yahudi yang berakhir dengan kemenangan untuk umat Islam. Peristiwa ini berlaku pada penghujung Muharram tahun ke enam hijriyyah.

DALAM bulan Muharram juga Nabi Muhammad saw diracun oleh orang-orang Yahudi. Peristiwa ini berlaku setelah orang-orang Yahudi kalah dalam Perang Khaibar, mereka menghadiahkan daging kambing beracun kepada Rasul. Namun dengan mukjizat yang Allah berikan, Rasul terhindar dari usaha licik Yahudi itu.

PERISTIWA hijrahnya Nabi Muhammad saw dari Makkah ke Madinah yang dirayakan setiap tahun pada bulan Muharram itu tidak terjadi pada bulan ini. Al Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah pada bulan Rabi’ulawal tapi ada juga yang bilang bulan Sya’ban. [yy/islampos]

 

Tags: muharam | muharram | asyura