pustaka.png
basmalah2.png


16 Rabiul-Awwal 1445  |  Minggu 01 Oktober 2023

Di Balik Perjanjian Hudaibiyah

Di Balik Perjanjian Hudaibiyah


Fiqhislam.com - Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah (Maret 628 M) dan ditandatangani antara pihak Musyrikin Mekah dengan Rasulullah. Dinamakan perjanjian Hudaibiyah berdasarkan nama tempat perjanjian ini ditandatangani.

Rasulullah bersama-sama 1400 orang Islam Madinah menuju ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji. Ketika pihak Musyrikin mengtahui hal ini, wakil mereka datang menemui Rasulullah untuk mengetahui tujuan kedatangan orang Islam ke Mekah. Maka, Rasulullah mengutus Ustman bin Affan ke Mekah untuk menjelaskan tujuan tersebut kepada wakil pihak Musyrikin itu.

Ustman bin Affan ditahan dan tersebar berita bahwa beliau telah dibunuh. Orang Islam pun berikrar untuk menuntut atas kematian itu. Ikrar ini dikenali sebagai Baiah Ridhwan. Ketika mendengar berita ini, pihak Musyrikin pun membebaskan Ustman bin Affan dan menghantar Suhail bin Amru untuk berunding dengan orang Islam. Pada bulan Zulkaedah tahun 6 Hijrah (Maret 628M) perundingan ini menjadi “Perjanjian Hudaibiyah”, ini  karena perjanjian itu dilakukan di tempat berlakunya perjanjian tersebut yaitu “Hudaibiyah”.

Isi Perjanjian Hudaibiyah

  1. Gencatan senjata selama sepuluh tahun.
  2. Orang Islam dibenarkan memasuki Makkah pada tahun berikutnya, tinggal di Makkah selama tiga hari sahaja dengan hanya membawa senjata bersarung.
  3. Bekerja sama kepada perkara yang membawa kebaikan.
  4. Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam tanpa kebenaran keluarga dikembalikan semula.
  5. Orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak perlu dikembalikan.
  6. Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana kabilah Arab tetapi tidak boleh membantu peperangan.

Hikmah Perjanjian Hudaibiyah

  1. Berkembangnya syiar Islam.
  2. Kehidupan masyarakat aman dan damai.
  3. Pengiktirafan Rasulullah dan negara Islam di Madinah.
  4. Membuka jalan kepada pembebasan Mekah daripada Musyrikin Quraisy.
  5. Orang Islam dapat membuat perhubungan dengan kabilah Arab yang lain.

Kesan Perjanjian Hudaibiyah

Rencana utama: Pembukaan Kota Mekah

  1. Musyrikin Quraisy semakin lemah.
  2. Islam berkembang dengan meluas dan Madinah semakin maju
  3. Orang Yahudi yang khianat diusir dari Madinah.
  4. Rasullah mengajar ummatnya bagaimana untuk membuat perjanjian dengan kaum kafir.
  5. Corak politik Rasulullah yang lebih menjurus kepada pemerhatian dan pemikiran.

yy/islampos.com